Detik 30hb Mei 2011, terjalinnye hubungan aku bersama orang yang bernama MAT JAMIL BIN RAMLI.. Seorang cacat fizikal yang tidak mempunyai tangan..Sebelum terjalinnya hubungan aku.. Aku hanya mengenali dia di laman sosial sahaja iaitu facebook.. Rupa-rupanya aku dan dia bekerja dibawah satu company yang sama iaitu Carrefour.. Cuma aku dibahagian stor dan dia dibahgian HQ.. Agak lama juga aku berkawan dengan dia.. Tapi pada masa yang sama aku sudah bercinta dengan seorang jejaka bernama Kamal. Aku mengenali Kamal itu hampir 4tahun. Aku suka berkawan dan aku rasa dalam masa umur aku yang muda ini aku berhak membuat pilihan aku..
Hampir setahun aku mengenali dia akhirnya aku sudah jatuh hati dengan dia.. Aku tahu aku sudah mempunyai couple pada masa itu. Tapi pada masa itu aku sudah tidak serasi dengan kamal dan aku mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan beliau. Bukan untuk aku menzalimi dia.. tapi aku redho apa yang berlaku dan anggap dia bukan jodoh aku..
Sebelum aku buat semua keputusan itu, aku telah minta petunjuk dari allah iaitu melalui solat istikarah. 3 kali aku melakukan sehingga aku dapat petunjuk dariNya. Kamal bukan jodoh aku. Aku terpaksa lepaskan dia untuk selamanya.. Alhamdulillah, Allah bagi aku ketenangan sejak aku berpisah dengan dia.. Yela.aku bercinta dengan dia sudah agak lama.Mungkin sukar untuk seseorang lupakan pada usia hubungan yang agak lama.. Tapi aku tidak.. Allahdulillah. Terus hilang pandangan diri kamal pada aku..
Tapi apa yang berlaku pada saat aku berpisah dengan kamal. kamal telah menuduh Jamil melakukan perbuatan syirik pada aku.. Aku teringat lagi pada saat percakapan dia "Sebab allah tak bagi kesempurnaan pada dia sebab perbuatan jahat dia" .. Masyallah.. Aku redho dengan kata-kata kamal.. Aku hanya berkata.. Setiap bayi yang lahir tidak boleh tentukan samaada kita nak yang sempurna atau tidak... Pada waktu itu seluruh keluargaku terpedaya dengan kata-kata beliau.. Yang paling memilukan makcik aku samakan dia dengan adik iparnya.. Dia kata "nak ke kau uruskan mandi,makan dia nanti bila dah kahwin??? Mandi berangkat" Tapi bagi aku.. itu tanggungjawab isteri pada suami..Taat pada suami kan pahala..Aku teruskan hubungan aku bersama dia.. Sehingga lah aku hilang pekerjaan.. Dan segala perubatan yang kamal suruh pergi pasti keluargaku akan membawaku.. Tapi ketentuan tuhan.. Aku mngikut apa kehendak keluargaku.. Aku pasti allah akan menolong ku.. Alhamdulillah.. aku masih kuat mengharungi segala rintangan yang Allah bagi..
Saat demi saat,jam demi jam, hari demi hari, bulan demi bulan.. Dah hampir 2 tahun aku mengenali dia.. Dia cukup istimewa bagi aku walaupun pelbagai rintangan yang aku lalui.. Aku tahu sukar untuk seseorang menerima kehadiran orang kurang upaya. Tapi aku beruntung sangat. Sebab apa yang aku nak dari seorang lelaki ada pada dia.. Dia seorang yang baik sangat, memahami aku tapi yang penting tanggungjawab pada keluarga dan diri aku.. Aku tak sangka,orang yang tiada tangan terlalu kuat semangat nya.. Sehinggalah Dia boleh membawa kereta sendiri dan membeli kereta,mempunyai pandangan luas .. Walaupun dia begitu, dia tidak pernah menyusahkan orang termasuklah aku . Aku tahu..Allah bagi ini semua ada sebabnya.. mungkin kita sempurna tapi pasti pada diri kita ada kekurangan nye termasuklah yang oku..Walaupon fizikil tidak sempurna pasti ada kelebihannya.. Aku tidak akan malu mengenali dia sehingga ini.. Sebab ini yang telah ditetapkan dan aku terima dia seadanya...
Sekarang semua ahli keluarga aku sudah boleh menerima dia.. Alhamdulillah... Insyallah,kitaorang akan mendirikan rumah tangga.. Tapi masa jer belum tentukan..Aku berharap semua yang aku ingin kan tercapai..Insyallah~~~